Oleh: Shafira Aziz
PARLIMEN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pada tahun hadapan, peruntukan bagi hal ehwal Islam akan berjumlah RM2 bilion.
Menurutnya, sebahagian daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk memperkasa institusi pendidikan Islam di negara ini.
“RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat,” kata Anwar.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju menambah kuota guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak 1,500 orang untuk memenuhi tuntutan pendidikan fardu ain bagi anak-anak.
Untuk menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA serta ahli agamawan lain, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM500 dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM35 juta.