RUU Mufti Wilayah: Beri peluang MP dialog dalam kalangan mufti

PETALING JAYA: Menteri Agama wajar membawa pihak yang mempunyai pandangan berbeza di kalangan mufti (Wilayah dan Perlis) untuk melakukan dialog dengan kesemua 222 ahli Dewan Rakyat di parlimen secara tertutup.

Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Dr Maszlee Malik melontarkan pandangan demikian setelah diminta pelbagai pihak berhubung isu RUU Mufti Wilayah ini.

“Pendapat saya, yang akan menentukan lulus atau tidak RUU ini adalah ahli parlimen, bukan orang awam, bukan para mufti, dan juga bukan para netizen.

“Berikan peluang untuk kesemua ahli Dewan Rakyat untuk memahami rasional, bertanya, berhujah dan berdialog dengan kedua pihak ini secara matang, profesional dan beradab.

“Menteri Agama dan Timbalannya boleh memudahcara dialog tertutup ini, kerana mereka yang akan sama ada membentang (Menteri Agama) atau menjawab (kedua-duanya boleh) kepada ahli parlimen untuk dibahaskan oleh ahli Dewan Rakyat usai dibentangkan di Dewan Rakyat nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, biarlah ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab meluluskan atau tidak RUU itu dan bukannya orang awam yang tiada kaitan.

“Ruang awam patut diserikan dengan isu-isu yang membina dan meraikan kepelbagaian dan keharmonian,” katanya.

Anda Mungkin Berminat