Oleh: Haikal Tajuddin
PARLIMEN | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyarankan Kerajaan Madani untuk menghargai sumber nadir bumi (REE) demi mencapai pembangunan ekonomi Malaysia.
Beliau dalam sidang Parlimen hari ini berkata REE adalah langkah untuk memanfaatkan sumber kekayaan baharu menerusi pelan pelaksanaan yang baik dan teliti.
“Dalam ucapan yang berhormat ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kegiatan ekonomi berkaitan industri REE tidak sama sekali diperincikan.
“Seolah-olah kerajaan tidak mengiktiraf potensi sumbangan industri REE kepada pendapatan negara,” jelasnya.
Tambahnya, REE itu berada di lima negeri tersebut iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, serta memberi subsidi kepada negeri tersebut untuk membangunkan REE.
“Bagi ketiga-tiga negeri tersebut berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Namun pada ketika ini, industri ini didominasi oleh negara China dan dikuasai dengan 80 peratus pengeluaran global.
“Kerajaan boleh sediakan pinjaman atau geran terhadap eksplorasi REE supaya masyarakat Malaysia dapat manfaat ekonomi bersama,” jelasnya.