Ringgit kekal kukuh kepada 4.3045 minggu ini


Oleh: Haikal Tajuddin

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan nilai ringgit diniagakan hari ini mencatatkan trend positif yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sekitar jam 11.10 pagi, Ringgit menunjukkan nilai kepada 4.3045 iaitu jumlah yang sama didagangkan pada Jumaat lalu.

Bagi nilai mata wang diperingkat negara-negara utama juga memperlihat trend peningkatan yang positif.

Seperti di Jepun, nilai yen pada harini mencatatkan peningkatan kepada 2.8815/8851 daripada 2.8708/8730, Jumaat lalu.

Hal ini turut sejajar dengan nilai pound yang turut dilaporkan kepada 5.6164/6222 berbanding minggu lepas iaitu sebanyak 5.6109/6148.

Seperti di Eropah, nilai terkini menunjukkan trend positif kepada 4.6771/6827 daripada 4.6674/6706.

Namun begitu, nilai mata wang di peringkat ASEAN memperlihatkan trend merosot berbanding minggu lalu.

Seperti di Filipina, nilai peso kini menurun kepada 7.47/7.50 daripada 7.48/7.49 dan sejajar dengan nilai rupiah di Indonesia yang kini sebanyak 277.4/278.5.

Thailand, nilai bath terkini pula adalah kepada 12.9792/13.0363 daripada 12.9579/9916 pada minggu lalu, akan tetapi nilai dolar di Singapura masih sama dengan minggu lalu iaitu sebanyak 3.2791/2897.