Perincikan siapa T15 yang sebenar – Penganalis Ekonomi


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperincikan maksud di sebalik kumpulan T20 menerusi pengumuman Belanjawan 2025 yang berlangsung Jumaat lalu.

Beliau yang juga penganalisis ekonomi berkata ia wajar diperhalusi pengekelasannya agar tidak menimbulkan kekeliruan.

“Kerajaan menggunakan T15 sebagai golongan yang berpendapatan RM13,000.

“Namun, adakah pendapatan bersih atau menggunakan pendapatan boleh guna (pendapatan kasar yang yang sudah ditolak) akan digunakan bagi kelompok tersebut?

“Perincian itu penting dan wajar dikongsikan oleh Yang Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap maksud sebenar T20.

“Mungkin is menjurus kepada golongan yang ‘mahakaya’,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Bangkit pada Isnin.

Tambahnya lagi klasifikasi pengkelaskan ini penting kerana sehingga kini ia masih dilihat kabur oleh kebanyakkan anggota masyarakat.

“Apabila disebut ‘T’, kita difahamkan zaman dahulu pengkelasan yang sering digunakan iaitu B40, M40 dan T20. Klasifikasi ini kita andaikan masyarakat dalam lingkungan 100 peratus. Jadi, B40 itu merangkumi pendapatan 40 peratus yang terbawah dan M40 adalah pertengahan manakala T20 itu adalah top 20 peratus.

“Apabila disebut T15 iaitu pertama kali kita dengar PM menggunakan istilah itu, ini bermaksud, yang tinggal 45 peratus. Tetapi, saya tidak pasti 45 peratus itu berada pada B40 atau bagaimana,” katanya.

Tambahnya, perancangan Kerajaan untuk menghapuskan klasifikasi berkelas (B40, M40 dan T20) itu tidak dihapuskan kerana ia menyukarkan pemberian subsidi secara bersasar.

Dalam ucapan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan subsidi bersasar untuk petrol RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan 2025 dengan 85 peratus penduduk masih menerima subsidi.

Anwar turut menganggarkan subsidi kumpulan T15 dengan anggaran pendapatan bulanan RM13,000 dan ke atas merangkumi pemegang jawatan tinggi dalam syarikat atau waris kepada jutawan mahupun tokoh perniagaan ternama.

Disebabkan perkara tersebut, ia menimbulkan spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat dan dihujah oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mepertikaikan penarikan subsidi ke atas kelas T15 ke atas.

Anda Mungkin Berminat