CARDI B memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan dan tidak dapat membuat persembahan utama di ONE Music Fest.
“Saya sangat sedih untuk berkongsi berita ini, tetapi saya telah berada di hospital untuk pulih daripada kecemasan perubatan beberapa hari lalu dan saya tidak akan dapat membuat persembahan di ONE Music Fest.
“Ia melukakan hati saya kerana saya tidak dapat berjumpa peminat saya hujung minggu ini,” tulis penyanyi rap pemenang Grammy itu di Instagram.
Lapor abc news, dia menambah, “Saya akan kembali dengan lebih baik dan lebih kuat tidak lama lagi. Jangan Risau.”
Bagaimanapun, Cardi B tidak memberikan butiran mengenai keadaannya.
Dia sepatutnya membuat persembahan bersama Earth, Wind & Fire, Nelly, Gunna dan GloRilla di ONE Music Fest selama dua hari.