Iskandar Malaysia catat pelaburan RM40.3 bilion

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Iskandar Malaysia dilaporkan telah mencatat nilai pelaburan tinggi berjumlah RM40.3 bilion bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui jumlah tersebut adalah hasil yang direalisasikan sebanyak RM22.5 bilion.

“Dalam mesyuarat itu, pelbagai isu berbangkit dan terkait hala tuju dan inisiatif telah dibincangkan.

“Perkara itu turut sejajar dengan perkara yang telah digariskan oleh Iskandar Malaysia, termasuklah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), hari ini.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah daripada contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (Invest Malaysia Facilitation Centre Johor, IMFC-J) yang diambil bagi memudahcara perniagaan.

“Saya tekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan selaras dengan strategi kerajaan dalam memudahcara perniagaan.

“Dalam konteks Negeri Johor, pelbagai projek-projek baharu dan sambungan yang diumumkan melalui Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera dan berkesan,” ujarnya.

Namun begitu, Anwar mengharapkan Negeri Johor wajar memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 supaya dapat mewujudkan perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu dan lebih berkesan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat