Ringgit sedikit menurun kepada 4.3490 berbanding semalam

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 4.3525, sejajar dengan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menerusi data yang dikongsikan, nilai ringgit yang diniagakan pada sesi penutupan semalam adalah sebanyak 4.3490.

Namun begitu, nilai mata wang utama menunjukkan trend peningkatkan positif sepertimana yang berlaku di negara Jepun, nilai yen diniagakan kepada 2.8464/8574 berbanding semalam iaitu daripada 2.8484/8516.

Hal ini juga turut sejajar dengan mata wang di Eropah yang kini mencatatkan sebanyak 4.6839/7017 daripada 4.6887/6935.

Bagi British pula, nilai pound menunjukkan trend yang lebih stabil iaitu kepada 5.6111/6324 daripada 5.6433/6491, semalam.

Tambahan lagi, nilai mata wang di negara-negara ASEAN menunjukkan peningkatan yang positif.

Seperti di Singapura, nilai dolar kini sebanyak 3.2847/2974 daripada 3.2932/2969 dan sejajar dengan nilai rupiah di Indonesia yang turut diniagakan lebih tinggi, sebanyak 278.0/279.2.

Di Thailand pula, bath diniagakan kepada 12.8573/9138 manakala mata wang peso di Filipina tidak berubah sejak semalam iaitu sebanyak 7.50/7.53.

Anda Mungkin Berminat