SKM serah cek cukai lebih RM55 juta kepada LHDN

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Pembayaran cukai merupakan satu tanggungjawab Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kerajaan yang melaksanakan pembayaran kepada kerajaan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), penyerahan replika cek bayaran cukai telah berlangsung di Bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.

“Pembayaran cukai itu melibatkan empat Kumpulan Wang SKM meliputi Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi, Kumpulan Wang Likuiditi Pusat dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi,” jelas kenyataan itu.

Penyerahan replika cek bayaran cukai berjumlah RM55,223,461.56 daripada SKM kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut disaksikan oleh Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir sama ke majlis itu ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengarah Negeri LHDNM Wilayah Persekutuan, Datuk Azhar Husin, Ketua Pengarah Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Shaharuddy Othman.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat