Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengakui bahawa nilai Ringgit Malaysia akan menjadi lebih kukuh dan dijangka tiada pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam tempoh ini.
Beliau dalam satu wawancara di Washington menyatakan, Malaysia pada hari ini sudah berada di landasan pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat, jurang fizikal yang lebih kecil dan harga yang diniagakan memperlihatkan nilai yang lebih stabil.
“Malaysia kini turut menjadi mata wang terbaik di kalangan negara-negara baru muncul, walaupun mengalami sedikit penurunan selepas suku tahun yang cemerlang.
“Pelabur juga tertarik dengan pertumbuhan ekonomi yang melebihi jangkaan serta harapan bahawa kadar faedah utama akan kekal stabil lebih lama berbanding negara jiran,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkata, perancangan kerajaan untuk menghentikan subsidi RON95 itu juga dapat penjimatan yang baik iaitu kira-kira RM8 bilion setahun.
“Kestabilan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada bagaimana kerajaan menguruskan reformasi fiskal.
“Oleh itu, Anwar harus mengimbangkan kepentingan dalam kerajaan perpaduan sambil memenuhi harapan rakyat yang menghadapi kos hidup yang meningkat.
“Saya mengharapkan langkah-langkah yang dibuat menerusi bajet seperti RON95, diharapkan dapat memberikan keuntungan awal RM5 bilion pada tahun 2025,” ujarnya.
Baca juga: