Jumpa Kahar di pawagam bulan depan

KAHAR: Kapla High Council kini secara rasminya mengeluarkan video promosi rasminya yang akan mengegar pawagam bermula 28 November nanti.

Menerusi media sosial Astro Gempak pada Sabtu, filem tersebut membawakan prekuel dengan warga Kudrat yang pastinya menjawab persoalan dalam siri sebelum ini.

“Pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan pada bulan lalu.

“Ditambah dengan barisan pelakon pembantu Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

“Manakala skrip filem Kahar: Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid,” katanya.

Mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Datuk Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.

Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah

Astro turut menyelitkan pesanan masyarakat bahawa keganasan bukan jalan penyelesaian.

“Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088,” katanya.

Anda Mungkin Berminat