4,000 unit Residensi Madani usaha tangani kos sara hidup rakyat


Oleh: Haikal Tajuddin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri mengumumkan 4,000 unit apartment khas dibina dekat sini sebagai langkah menoktahkan kadar kemiskinan tegar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apartment yang dinamakan Residensi Madani Putrajaya itu turut dinikmati oleh penjawat awam yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

“Dijangka rumah ini akan siap dibina menjelang tahun 2028 dan tujuh projek Residensi MADANI ini terletak di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19 Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Residensi Madani Sentral, Serunai, Cemara, Cengkih, Cempaka, Mawar dan Melur.

“Objektif utama projek pembangunan Residensi MADANI ini adalah untuk menyediakan perumahan mampu milik dalam kategori kos sederhana rendah di Wilayah Persekutuan.

“Ini adalah salah satu usaha Kerajaan membantu golongan sasar untuk memiliki kediaman yang selesa, persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Peluncuran Pembangunan Perumahan Residensi Madani di Putrajaya pada Isnin.

Selain itu, isu penting lain ialah pendidikan dan kesihatan, perniagaan kecil-kecilan turut diterapkan di kawasan perumahan itu.

“Saya mengharapkan rumah ini dapat disiapkan dengan kadar yang cepat dan jangan sesekali melewatkan sehingga mendera rakyat untuk menunggu.

“Oleh itu, saya cuba pecahkan tembok ini dan berikan tarikh luncurkan projek itu dalam tempoh 45 hari

“Apabila saya tengok peluncuran itu boleh disiapkan dalam tempoh 45 hari dan terus diluluskan projek tersebut.

“Kalau itu boleh dilaksanakan, maka menunjukkan kita lebih prihatin kepada rakyat terutama penjawat awam kerana penjawat awam dibayar gaji oleh kerajaan,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat