Oleh: Haikal Tajuddin
RINGGIT Malaysia hari ini masih mengekalkan momentum yang kukuh dan dibuka kepada 4.3400 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sejak minggu lalu.
Laporan ini disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 8.40 pagi, yang mana nilai diniagakan adalah pada kadar 4.3400/3595.
Namun begitu, nilai yang diniagakan pada minggu lalu adalah pada kadar 4.3405/3450.
Susulan itu, ringgit turut menunjukkan prestasi yang lebih baik pada sesi awal berbanding mata wang utama.
Ia dilihat lebih meningkat berbanding yen kepada 2.8401/8533, pound Britain kepada 5.6246/6499, dan euro kepada 4.6872/47087.
Namun, berbanding mata wang Asean, ringgit bercampur-campur.
Seperti di dolar di Singapura, nilai yang diniagakan adalah pada 3.2807/2957, tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8577/12.9228.
Ringgit kekal stabil berbanding peso Filipina pada 7.44/7.48 dan rupiah Indonesia pada 277.3/278.7.