Kita kecewa keputusan ini – Peguam Najib

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarah anak guamnya membela diri bagi 25 pertuduhan berkaitan kes 1MDB.

Beliau turut mendakwa, bukti yang dikemukakan kepada hakim kebanyakannya hanya bersumberkan ‘khabar angin’.

“Kita kecewa dengan keputusan ini. Anak guam kami kecewa dengan keputusan ini. Tetapi beliau telah memilih pilihan yang pertama iaitu untuk membela dirinya dari kandang secara bersumpah bermula 2 Disember ini.

”Anak guam kami tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dalam kes ini.

“Setakat ini kita akan panggil sekurang-kurangnya 11 orang saksi,” katanya kepada media di lobi Mahkamah Jalan Duta di sini.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri terhadap 25 pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion.

Anda Mungkin Berminat