Oleh: Haikal Tajuddin
NILAI Ringgit Malaysia yang didagangkan hari ini masih menunjukkan trend yang kukuh kepada 4.3720 berbanding minggu sebelum ini.
Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), pada jam 10.39 pagi mendapati, nilai ringgit kini sudah mencapai 4.3720/3800 berbanding sesi penutupan pada hari semalam, iaitu kepada 4.3760/3810.
Hal ini turut sejajar dengan nilai ringgit yang diniagakan, memperlihatkan trend yang positif berbanding kumpulan mata wang utama diperingkat dunia.
Seperti nilai yen di Jepun, kini berada pada kadar 2.8503/8586 daripada 2.8516/8550 pada akhir urusniaga semalam.
Ia turut sama dengan peningkatan nilai mata wang di Eropah yang dibuka pada 4.7265/7400 daripada 4.7344/7398.
Namun begitu, nilai pound di Britain dilihat lebih rendah kepada 5.6839/7001 pada sesi pembukaan.
Dalam pada itu, nilai ringgit yang diniagakan di peringkat ASEAN dilihat lebih kukuh.
Seperti rupiah di Indonesia pada 276.9/277.8 daripada 277.4/277.9, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3094 daripada 3.3044/3084 dan mengukuh berbanding peso di Filipina kepada 7.49/7.52 daripada 7.51/7.52, semalam.
Manakala, ringgit menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.9742/13.0171 daripada 12.9544/9746, semalam.
Namun begitu, The Edge melaporkan bahawa, nilai mata wang, won di Korea Selatan turut mencatatkan prestasi yang mengagumkan berbanding nilai mata wang di peringkat ASEAN.
Jelasnya, prestasi itu berlaku akibat daripada usaha pelabur mencari momentum dalam menghadapi kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat, terutama menjelang pilihan raya presiden AS nanti.