Produk syariah Malaysia berpotensi tarik pelabur negara teluk

KUALA LUMPUR: Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab Teluk (GCC) berpotensi membuka peluang negara rantau Teluk untuk melabur dalam sektor tenaga Malaysia.

Pengarah Institut Malaysia dan Pengajian Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sufian Jusoh berkata ia dapat memperkukuh hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara di rantau itu.

“Kepentingan Malaysia yang pertama ialah kami menumpukan kepada perkhidmatan kewangan Islam, perkhidmatan halal dan perkhidmatan profesional.

“Kita boleh memasarkan semua perkhidmatan dan produk ini ke rantau Teluk. Kemudian, kerajaan mungkin ingin mendapatkan akses ke pelaburan dalam sektor tenaga kita,” kata Dr. Sufian, memetik Berita RTM pada Isnin.

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu ‘On The Table’ di Angkasapuri.

Tambahnya, usaha itu turut membantu dalam memasarkan perkhidmatan dan produk berasaskan syariah ke negara-negara Teluk.

Anda Mungkin Berminat