Kerugian FashionValet: SPRM mulakan siasatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam FashionValet.

Memetik laporan Berita Harian, siasatan itu dijalankan disebabkan sebab jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.

Antara fokus siasatan ketika ini adalah berkaitan pengurusan kewangan dalam pelaburan itu serta unsur-unsur rasuah dalam perniagaan itu.

Semalam PNB dan Khazanah telah memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan tersebut dalam kenyataan berasingan.

Susulan itu, pemilik bersama FashionValet Vivy Yusof dan suaminya Fadza Anuar telah memohon maaf dan bersedia melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut.

Anda Mungkin Berminat