Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia terus menunjukkan trend positif pada sesi pembukaan hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), ringgit diniagakan sekitar pukul 11.30 pagi kini mencecah 4.3755 berbanding 4.3750 pada sesi pembukaan semalam.
Pada masa yang sama, ringgit menunjukkan pengukuhan berbanding mata wang utama lain.
Ia mencatatkan kenaikan berbanding pound Britain kepada 5.6609/6732 daripada 5.6707/6772, serta menguat berbanding yen Jepun kepada 2.8697/8761 daripada 2.8775/8810.
Sejajar dengan kenaikan tersebut, nilai mata wang Eropah pula dibuka pada 4.7519/7623 daripada 4.7636/7691 semalam.
Selain itu, ringgit juga kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/278.1 daripada 277.5/277.9.
Ringgit kekal kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.3111/3186 daripada 3.3185/3226 dan naik berbanding baht Thailand pada 12.9313/12.9728 daripada 12.9664/9882.
Namun begitu, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada paras 7.49/7.51 berbanding 7.49/7.50 sebelum ini.
Baca juga.