Ringgit kekal momentum, dibuka pada 4.4020


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia minggu ini memperlihatkan momentum positif walaupun sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit pada jam 12 tengah hari tadi pada 4.4020 dan sedikit menurun pada sesi penutupan iaitu hanya sebanyak 4.3415.

Namun begitu, ringgit mengalami penurunan berbanding beberapa mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6476/6698 berbanding 5.6361/6478, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8603/8719 dari 2.8525/8586 pada sesi penutupan semalam.

Dalam pada itu, nilai mata wang di Eropah juga turut menurun kepada 4.7351/7537.

Namun, ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang ASEAN seperti rupiah Indonesia yang kini dibuka pada 274.9/276.2 dan nilai baht Thailand juga turut meningkat kepada 12.9056/12.9714 berbanding 12.9165/9491 di sesi penutupan semalam.

Nilai peso Filipina juga turut meningkat kepada 7.42/7.46 dari 7.44/7.46.

Bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding dolar Singapura, jatuh kepada 3.2973/3110 berbanding 3.2953/3023 pada hari sebelumnya.

Anda Mungkin Berminat