ULASAN | Amerika memilih, Trump vs Harris dalam perebutan kuasa global

Oleh: Ahmad Firdaus

ULASAN | TIDAK perlu berbasa-basi, Amerika mahu kembali menguasai dunia.

Siapa yang paling berjaya membangkitkan visi kembali menguasai dunia akan menang Pilihan Raya Presiden 2024. Sejak pertarungan Obama-McCain pada 2008, tema pemulihan Amerika sentiasa menjadi modal politik calon Presiden.

Setelah kejatuhan Soviet Union di awal 90-an, Amerika dominasi pentas dunia. Yakin kedudukan akan kekal selamanya.

Ketika itu China hanyalah kilang ‘cheap labour’ (tenaga kerja murah) bagi kapitalis Amerika yang memindahkan industri mereka ke sana. Tanpa sedar mereka secara langsung membantu ekonomi China.

Dua dekad kemudian ekonomi China melambung dan Amerika menggelabah.

Pilihan Raya Presiden ke-60 menyaksikan Donald Trump dari Republikan menentang Kamala Harris dari Demokrat. Kedua-duanya menyedari China sebagai musuh utama dan negara haram Israel sebagai rakan sekutu strategik.

Jika Kamala Harris menang dunia mungkin menyaksikan kesinambungan politik antarabangsa. Satu status quo penuh konflik perang sana-sini, tiada perubahan besar tetapi mungkin lebih stabil.

Namun jika Trump yang menang dunia mungkin bergerak lebih cepat ke era multipolar. Lebih banyak kuasa baru di pentas dunia.

Penulis ialah graduan Sains Politik UIA.

Anda Mungkin Berminat