KUALA LUMPUR: Dua pelabur berpotensi dari China, China Investment Corporation (CIC) serta China International Capital Corporation (CICC) menyuarakan minat mereka untuk melabur di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan kedua-dua syarikat itu hari ini bagi melihat keperluan mempermudah kemasukan syarikat-syarikat berkepentingan yang ingin mengembangkan operasi mereka di Asia Tenggara.
“CICC turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan syarikat permodalan Malaysia bagi mewujudkan dana strategik yang menyokong pelaburan dalam sektor teknologi tinggi dan yang sedang pesat berkembang.
“Saya mengalu-alukan potensi peningkatan pelaburan China serta menegaskan kepentingan mempererat hubungan perdagangan dan ekonomi Malaysia-China.
Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serantau, khususnya menerusi Sidang Kemuncak ASEAN GCC+China.