MERSING: Dua keluarga di Kampung Wak Salam dekat sini yang kehilangan kediaman akibat kebakaran Ogos lalu kini menerima rumah baharu hasil sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, majlis penyerahan bantuan ini disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Penerima bantuan tersebut ialah Azali Osman dan Suzana Zainal Abidin.
YSIJ turut menyampaikan bantuan kotak makanan kepada 180 keluarga yang terjejas akibat cuaca Monsun Timur Laut di pulau-pulau sekitar Mersing, dengan sokongan daripada Pejabat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Yayasan JCorp.