Oleh: Kamilia Ali
PELAKON yang hangat dengan isu penceraiannya, Nur Fazura membuat laporan polis berikutan kenyataan fitnah terhadap dirinya di Instagram.
Bintang jelita itu memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya yang berada di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semalam.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, bagaimanapun tidak mahu mendedahkan butiran fitnah yang dibuat oleh seorang wanita itu.
Sebelum ini, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 7 Oktober di Mahkamah Rendah Syariah Subang, Shah Alam.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun.