Aaron-Woo Yik jumpa tuan rumah di final esok

HANYA selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran pertama musim ini apabila beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, petang tadi.

Beregu ranking enam dunia itu hanya memerlukan tempoh 36 minit untuk menang dalam perlawanan straight set 21-17, 21-16 untuk mara ke final.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 mengambil bahagian di Masters Korea dalam usaha untuk melayakkan diri beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Mereka sepatutnya tidak bermasalah untuk merangkul kemenangan di Korea yang juga gelaran pertama tahun ini selepas dijadual bertemu pasangan tuan rumah, Ki Dong Ju-Seo Seung Jae di final, esok.

Anda Mungkin Berminat