Oleh: Shafira Aziz
PASUKAN regu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul sebagai juara Kejohanan Korea Masters 2024 di Gimnasium Iksan, Korea Selatan.
Duo beregu tersebut menewaskan pasukan regu tuan rumah, Jin Yong-Kim Win Ho, dalam tiga set yang berlangsung selama sejam enam minit.
Bermula dengan rentak yang agak goyah, pasangan regu negara gagal memenangi set pertama dengan ketinggalan beberapa mata hingga pasukan Korea Selatan menewaskan mereka dengan mata 21-23.
Namun, Aaron-Wooi Yik kembali membuat ‘comeback’ dengan memenangi set kedua dengan mata 21-19.
Menjelang set terakhir, pasangan regu negara dilihat tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia hingga mampu menewaskan pasukan lawan dengan mata 21-14.
Dengan kemenangan tersebut, pasangan yang berada di ranking keenam dunia ini berjaya memenangi gelaran juara dunia dalam kejohanan tahunan tersebut pada 2024.
Menerusi kejayaan tersebut, mereka membawa pulang wang tunai sebanyak AS$16,590 (RM72,701).