Kerajaan sumbang RM4.23 juta kepada pesawah Kedah

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Dalam usaha menyantuni komuniti pesawah di Kedah, kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan sumbangan khas bernilai RM4.23 juta menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhsan.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mewakili Anwar untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Menurut beliau, sejumlah 4,318 pesawah di seluruh Kedah menerima sumbangan itu termasuk ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Pertanian Kedah.

“Alhamdulillah pagi ini, saya mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ihsan kepada para pesawah yang terkesan akibat bencana banjir Fasa 1 di Negeri Kedah,” katanya.

Difahamkan sebanyak RM4.23 juta telah diperuntukkan kepada MADA dan RM85,000 kepada Jabatan Pertanian Kedah.

Dalam majlis tersebut, Saifuddin turut menyampaikan sumbangan kepada 230 penerima yang hadir di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, Alor Setar.

Beliau juga menekankan keprihatinan Anwar yang segera mengumumkan peruntukan berkenaan sebaik sahaja bencana berlaku untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Baca lagi.

Anda Mungkin Berminat