Mahathir Dakwa Malaysia ‘ganjil’

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara ‘ganjil’ kerana amalan pemerintah yang dianggap terbalik.

Dalam perkongsian di Facebook, Mahathir seakan-akan menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa perkara ‘baik’ dianggap ‘buruk’ dan sebaliknya.

“Dianya terbaik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.

Seperti yang kanan dikatakan kiri dan yang kiri menjadi kanan. Demikian jugalah undang-undang,” katanya.

Mahathir turut mendakwa bahawa ramai pihak yang dianggap sebagai pencuri, penipu dan perasuah tidak dipenjarakan malah masih diberi kebebasan.

“Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka.

“Mereka mencuri, menerima sogokan dan penipu. Tetapi, tidak mengapa kerana yang salah tidak perlu dipenjarakan yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara kerana mereka tidak ramai,” katanya.

Beliau juga menyindir bahawa jabatan siasatan sibuk menyiasat orang yang tidak bersalah, sementara pemimpin negara dipuji setiap hari dalam media.

“Istimewa sungguhlah negara bertuah ini dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji tiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial,” tambahnya.

Baca lagi.

Anda Mungkin Berminat