DONALD Trump telah melantik semula bekas Pengarah Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen AS (ICE), Thomas D. Homan untuk mengawasi sempadan negara pada penggal pentadbiran 2025-2029.
Trump mengumumkan pelantikan Homan sebagai ‘Tsar Sempadan’ kerana tiada calon lain yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab itu.
“Saya berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) sebagai ‘Tsar Sempadan’ kerana tiada calon lain yang layak untuk menggalas tanggungjawab itu.
“Saya sudah lama mengenali Tom dan tiada sesiapa yang lebih baik dalam mengawal dan mengawal sempadan kita,” kata Trump.
Homan akan bertanggungjawab ke atas semua pengusiran orang asing haram kembali ke negara asal mereka.
Semasa mengetuai ICE, Homan tidak bertoleransi terhadap imigran haram termasuk memisahkan ibu bapa daripada anak-anak mereka di sempadan.
Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) menganggarkan terdapat antara 500 hingga 1,000 keluarga yang belum disatukan semula.
Baca juga: