Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA antara Malaysia dan Laos akan bermula pada jam 8.30 malam ini di Stadium PAT, Bangkok.
Ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022.
Perlawanan ini penting kerana ia memberi pulangan mata ranking dalam Kalendar Antarabangsa FIFA.
Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente telah memanggil 26 pemain termasuk tonggak seperti Dion Cools (Buriram United), Syihan Hazmi Mohamed (JDT), Paulo Josue (KL City FC) dan Syafiq Ahmad (KDA FC).
Beberapa muka baharu seperti Fazrul Amir Md. Zaman (KDN FC), Fergus Tierney (Chonburi FC) dan Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC) juga akan membuat kemunculan.
Pertandingan ini merupakan persediaan skuad kendalian Pau Marti untuk saingan Piala AFF Mitsubishi Electric akhir tahun ini serta Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula tahun depan.
Laos memilih Bangkok sebagai venue untuk perlawanan ini sebelum menentang Thailand pada 17 November 2024, sementara skuad Harimau Malaya akan terbang ke India untuk perlawanan kedua menentang India.
Mengikut Ranking FIFA terkini, Malaysia berada di tangga 133, India di tangga 125 dan Laos di tangga 187.
Baca juga: