Teo, Mohina Dilantik Timbalan Ketua Wanita PH Baharu

Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP), Teo Nie Ching dan Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohina Sidom telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) yang baharu.

Pelantikan ini menggantikan bekas Ketua Wanita DAP, Datuk Seri Chong Eng dan bekas Ketua Wanita UPKO, Datin Juliana Jani.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek kekal dengan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Wanita PH.

Pelantikan baharu ini dilakukan susulan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Wanita PH yang diadakan pada Rabu.

Berikut adalah Jawatankuasa Pimpinan Sayap Wanita PH yang baharu:

Ketua Wanita: Datuk Aiman Athirah Sabu
Timbalan Ketua: Fadhlina Sidek, Teo Nie Ching, Mohina Sidom
Naib Ketua: Anfaal Saari, Yeo Bee Yin, Juwairiya Zulkifli, Lomiti Jahan
Ketua Setiausaha: Mashitah Ismail
Timbalan Ketua Setiausaha: Loh Ker Chean
Bendahari: Young Syefura Othman
Ketua Penerangan: Mariam Abdul Rashid
Pengarah Komunikasi: Syerieena Abdul Rashid
Pengarah Pilihan Raya: Sangetha Jayakumar
Pengerusi Jawatankuasa Khas Sabah dan Sarawak: Mohina Sidom
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pantai Timur: Datin Faizah Ariffin

Ketua Setiausaha Wanita PH, Mashitah Ismail menyatakan bahawa pemilihan ini adalah untuk kesiapsiagaan jentera menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Selain berperanan untuk menggerakkan jentera pilihan raya wanita di seluruh negara, Wanita PH turut yakin mampu mengkoordinasi semua kekuatan yang ada dalam memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

“Wanita PH akan terus komited dalam melaksanakan agenda reformasi demi mempertahankan Kerajaan Perpaduan pada hari ini,”katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anda Mungkin Berminat