DUNIA tinju digemparkan apabila legenda tinju, Mike Tyson mengalami kekalahan mengejut dalam pertarungan menentang pempengaruh bertukar petinju, Jake Paul di Stadium AT&T.
Tyson, bekas juara dunia ‘heavyweight’ yang kini berusia 58 tahun kembali ke gelanggang selepas 19 tahun bagi menghadapi Paul, 27, dalam pertarungan yang penuh sensasi.
Pertarungan yang dinanti-nantikan itu berlangsung selama lapan minit dengan Tyson menunjukkan kekuatan dan keagresifannya yang masih utuh.
Namun, Paul yang mula berjinak dalam dunia tinju pada tahun 2020 berjaya mengalahkan Tyson dengan keputusan tipis, seterusnya membuktikan kemajuan luar biasa dirinya sebagai petinju profesional.
Pertarungan itu disiarkan secara langsung di Netflix dan menarik perhatian jutaan penonton di seluruh dunia.
Dengan kedua-dua petinju mengenakan sarung tangan berat 14 ounce, perlawanan itu berlangsung dengan penuh intensiti dan drama.
Kekalahan Tyson kepada Paul mencipta sejarah dalam dunia tinju, sekali gus menandakan kemenangan terbesar dalam karier Paul setakat ini.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi gelanggang dengan legenda seperti Mike Tyson,” kata Paul dalam sidang media selepas perlawanan.
Mike Tyson turut memberikan ucapan ringkas, “Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang perjalanan ini. Pertarungan ini adalah satu pengalaman yang luar biasa,” katanya.