Oleh: Hanim Nadia
BAGI menghargai 4.8 juta pendengar, stesen radio nombor satu, ERA FM akan bersiaran secara langsung menggunakan trak berkaca di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Ketua Jenama ERA, Azah Sahrin, meluahkan rasa syukur dan bangga atas sokongan tidak
berbelah bahagi daripada pendengar ERA seperti yang dilaporkan oleh syarikat penyelidik pasaran, GfK.
“Melalui trak berkaca ini, personaliti ERA seperti Nabil, Azad, Isha Norsham, Shasha, Hawa
Rizwana, dan Muna keluar dari konti untuk bertemu pendengar secara langsung.
“ERA turut menghadiahkan koleksi khas barangan ERA serta baucar membeli-belah melalui pelbagai peraduan menarik yang disediakan.
“Tiga lokasi utama yang kami singgah, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, dan Bukit Bintang,
menjadi tumpuan peminat ERA. Para pendengar yang hadir turut mengambil peluang
bergambar bersama personaliti ERA yang mesra dan bersahaja,” ujar Azah dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, kata Azah, acara ini adalah sebahagian usaha ERA untuk terus mendekati pendengar dan memastikan kandungan yang disampaikan relevan dan menghiburkan, baik di konti radio mahupun di media sosial.
“Kami amat menghargai cadangan pendengar untuk menganjurkan lebih banyak acara seperti ini. ERA adalah milik pendengar, dan tanpa sokongan mereka, ERA mungkin tidak akan berada di tempat sekarang.
“ERA akan terus berusaha menawarkan kandungan terbaik, sama ada melalui siaran radio atau platform digital. Untuk berita terkini dan aktiviti ERA yang lain, layari laman sosial rasmi ERA,” tambahnya.
Baca juga: