Oleh: Haikal Tajuddin
PARLIMEN | Produk berasaskan koko Malaysia sememangnya mendapat sambutan dari negara luar walaupun kurang diberi perhatian dalam negara sendiri.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata komoditi koko di Malaysia banyak menghasilkan produk premium sehingga mendapat sambutan dari negara jiran.
Beliau memetik kenyataan pempengaruh dari China mengakui bahawa ramai pelancong dari negaranya akan sentiasa mencari coklat di Malaysia sewaktu melancong seperti coklat Berlys.
“Sebagai langkah meningkatkan lagi komoditi premium, kerajaan MADANI telah mengambil langkah, menganjurkan program ‘Malaysia International Cocoa Fair (MICF 2025).
“Program ini akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula pada 24 sehingga 27 Mei tahun hadapan bagi bantu memperkenalkan lagi koko di serata dunia,” jelasnya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Namun begitu, beliau akui cabaran utama dalam mengembangkan komoditi ini adalah sukar untuk menggalakkan ramai pihak menceburi bidang penanaman koko.
“Oleh itu, kami telah mewujudkan beberapa langkah seperti Penyelidikan dan Pembangunan R&D, penghasilan 54 klon koko komersial dan beberapa lagi faktor lain untuk memulihkan kembali komoditi koko.
“Bagi mewujudkan ekosistem matang, kami turut menggalakkan penglibatan syarikat peladang yang besar untuk boleh membawa ekonomi yang lebih maju,” jelasnya.
Baca juga: