Oleh: Kamilia Ali
RIO DE JANEIRO: Industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor meneroka peluang memperkukuhkan hubungan kerjasama Malaysia dan Brazil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar meminta industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Malaysia dan Brazil untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama Global South.
“Mesyuarat ini juga membincangkan kepentingan bagi Malaysia untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pengeluaran dan pembangunan bakat.
“Selain itu, sambil mengambil kira kedudukan berkecuali Malaysia dan Brazil di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta keperluan untuk memastikan daya tahan rantaian bekalan global,” katanya.
Sementara itu, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh 34 pemimpin industri dari 20 syarikat-syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan Brazil.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Terdahulu, Anwar tiba di Rio de Janeiro pada hari Sabtu untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil atas jemputan da Silva selepas menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi APEC di Lima, Peru.
Malaysia adalah antara 17 negara tetamu yang dijemput ke Sidang Kemuncak G20 di Brazil bersama negara seperti Chile, Qatar, Mesir dan Singapura.
Baca juga: