PETALING JAYA: CIMB, antara bank terkemuka di Malaysia mengumumkan, bermula Disember 2024, pengguna aplikasi CIMB Clicks tidak boleh melakukan pemindahan dana, termasuk pemindahan akaun sendiri, pemindahan DuitNow dan juga IBG.
Sebelum ini CIMB telah mengumumkan peralihan aplikasi daripada CIMB Clicks kepada CIMB OCTO dan sejumlah fungsi ditamatkan secara berperingkat dalam usaha mengalihkan pengguna ke aplikasi baharu yang lebih moden.
Fungsi pembayaran pinjaman dan kad kredit serta JomPay juga tidak lagi akan disokong pada aplikasi CIMB Clicks.
Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh bank itu di laman sesawangnya sebelum ini, penggantian itu kerana aplikasi CIMB OCTO jauh lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna.
Jelas bank itu, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi tersedia di AppStore, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Menurut CIMB, aplikasi terbaru ini bakal membantu pengguna untuk mengurus kewangan dengan cepat dan selamat disamping menyediakan pengalaman perbankan atas talian yang lebih lancar bersama reka bentuk yang lebih kemas.
Malah, ia juga sebagai usaha bank itu dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna aplikasi CIMB.
Baca juga: