100 Lori Bantuan Gaza Dirompak – PBB

KIRA-kira 109 lori bantuan yang membawa makanan telah dirompak dengan kejam di Gaza pada Sabtu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan BBC menyebut, 97 daripadanya hilang dan pemandu-pandu mereka dipaksa dengan senjata api untuk memunggah bantuan selepas melalui persimpangan Kerem Shalom yang dikawal Israel.

Saksi berkata, konvoi itu diserang oleh lelaki bertopeng yang melemparkan bom tangan.

Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP) mengesahkan kejadian rompakan itu dan berkata, banyak laluan di Gaza kini tidak dapat dilalui akibat isu keselamatan.

“Israel sudah berusaha menangani situasi kemanusiaan sejak perang bermula,” kata seorang pegawai Israel dengan menambah masalah utama dalam penghantaran bantuan adalah cabaran pengedaran oleh pihak PBB.

Seorang pegawai bantuan PBB pada Jumaat berkata, akses bantuan ke Gaza sudah pun mencapai tahap paling rendah dengan penghantaran ke bahagian utara Gaza yang dikepung hampir mustahil.

Kempen tentera Israel memusnahkan Gaza bermula selepas serangan yang diketuai pejuang Hamas pada 7 Oktober tahun lalu di selatan Israel.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat