KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia masih mencatatkan peningkatan kukuh hari ini selaras kenaikan saham di peringkat Asia Tenggara.
Menerusi laporan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), ringgit kini diniagakan pada kadar 4.4650 berbanding sesi penutupan semalam yang berada pada nilai 4.4765.
Memetik The Edge hari ini, saham Asia turut menunjukkan nilai menokok manakala dolar dan hasil bon Amerika Syarikat pula kekal sejak minggu lalu.
Keadaan ini berlaku ketika para pedagang menantikan pengumuman perlantikan kabinet oleh Presiden AS, Donald Trump dan cuba menilai kelonggaran polisi kewangan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
“Pasaran saham Asia bergerak positif pada Selasa, dengan Nikkei Jepun menambah 0.2 peratus, Kospi Korea Selatan dan indeks saham utama Australia masing-masing naik 0.1 peratus.
“Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.8 peratus, manakala saham-saham biru utama di tanah besar China naik 0.3 peratus,” kata penganalisis, CME FedWatch.
Dipercayai, pasaran kini bergantung kepada bagaimana pentadbiran Trump akan datang mempengaruhi keadaan ekonomi global, perdagangan antarabangsa dan geopolitik.