Anwar pulang ke tanah air setelah ‘mendunia’ di 4 negara

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba dari Brazil hari ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro.

Terdahulu, Anwar dan delegasi telah menyempurnakan pelbagai tugasan dan tanggungjawab untuk menghadiri pelbagai program di empat buah negara iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil.

Dalam lawatan rasminya yang terakhir, Anwar telah mengadakan pertemuan penting dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva bagi membincangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kecerdasan buatan (AI).

Selain daripada pertemuan dua hala, Anwar turut menghadiri majlis sambutan pengeluaran minyak pertama unit FPSO Maria Quitéria milik Yinson Holdings Bhd yang menandakan pencapaian penting dalam projek tersebut.

Di samping itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia dan rakan-rakan dari Malaysia yang berada di keempat-empat buah negara yang dikunjungi.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar telah mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah merealisasikan kunjungannya itu.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang bertungkus umus menjayakan kunjungan ini antaranya kementerian,agensi rajaan, pihak keduataan,delegasi perniagaan dan rakan media,” katanya.

Ketibaan Anwar di Malaysia dijangka disambut dengan penuh penghormatan, menandakan kepulangan beliau selepas lawatan rasmi yang berjaya dan produktif.

Anda Mungkin Berminat