Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun


Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Seniman legenda, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun.

Berita duka tersebut disahkan oleh anaknya, Sabariah menerusi mesej ringkas melalui WhatsApp.

“Baru dapat berita sedih bahawa Ahmad Nawab telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan beramai soleh,” kata mesej tersebut sebentar tadi.

Ahmad Nawab, atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan merupakan salah seorang komposer yang terkenal dengan karyanya menerusi runut bunyi yang dimainkan di beberapa filem yang terkenal.

Antara filem terkenal termasuk Do Re Mi, Nasib Do Re Mi dan Bintang Pujaan.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Uji Rashid, Hetty Koes Endang dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Beliau turut pernah menerima anugerah Seniman Negara Ke-7 pada tahun 2006.

Anda Mungkin Berminat