PM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Nawab

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah kepada keluarga Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan sebentar tadi.

Perdana Menteri menyampaikannyq dengan rasa dukacita yang mendalam. 

“Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.

“Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna,” kongsinya di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya. 

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Nawab, 92 meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang tadi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat