147 syarikat Korea persembah rencana untuk Malaysia – Anwar

Oleh: Kamilia Ali

SEOUL: Platform C-Suite memberi ruang kepada Malaysia dan Republik Korea untuk mengeratkan hubungan selain melonjak komitmen dalam inovasi dan pertumbuhan yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kebersamaan lebih 200 peserta daripada 147 syarikat Korea dengan pelbagai lapangan, antaranya semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata Platform tersebut memberi ruang kepada Malaysia untuk berbincang terus dengan syarikat terkemuka Korea seperti Samsung, SIMMTECH, Poongsan Corporation, Lotte Energy Materials, Kumho Petrochemical dan lain-lain.

“Saya telah berkongsi kebijakan Malaysia di bawah kerangka Ekonomi MADANI yang didukung oleh inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, dan Pelan Strategik Semikonduktor.

“Syarikat-syarikat tersebut mempersembah rencana mereka untuk Malaysia termasuk pelaburan di sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu, pemprosesan nadir bumi, dan industri halal,” katanya ketika berucap di Forum Perniagaan Malaysia-Korea 2024 pada Isnin.

Justeru, Anwar mengalu-alukan para pelabur dari Republik Korea untuk meneroka pelbagai peluang yang ada dan bersama dalam usaha melonjak dan mencapai kesejahteraan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat