Hafiz Mahamad, Aina tak ambil gaji enam bulan demi staff

Oleh: Hanim Nadia

USAHAWAN dan personaliti media sosial terkenal, Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina berkongsi kisah pengorbanan mereka iaitu tidak mengambil gaji selama enam bulan demi memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjaga.

Menerusi satu video di Instagram, Hafiz dan Aina mengaku sudah enam bulan tidak mengambil gaji daripada perniagaan mereka.

Keputusan ini dibuat untuk memotivasi diri agar bekerja lebih keras sambil memastikan pekerja mereka hidup dengan selesa.

“Enam bulan saya & Aina tidak ambil gaji dari business (perniagaan). Alhamdulilah baik, cuma kami nak motivate (motivasi) diri untuk kerja bersungguh.

“Ada seseorang pernah pesan, “Jika diatas ikat perut, ramai dibawah akan rasa senangnya”

“Cara saya dan Aina, kalau kami tak puas hati dengan ‘performance’ kita sebagai director (pengarah), kita tak nak ambil apa-apa,” kata Hafiz.

Dalam video tersebut, Hafiz dilihat sedang memberikan wang kepada pekerja-pekerjanya sambil menitip pesan dan nasihat.

Hafiz turut meluahkan rasa bangga kerana ada pekerjanya yang boleh menyimpan sehingga RM40,000 selama bekerja dengan mereka.

Selain pemberian wang, Hafiz turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerjanya, termasuk makanan di pejabat, rumah untuk staf lelaki dan perempuan, elaun bersalin, bantuan taska dan banyak lagi.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat