Oleh: Hanim Nadia
KUALA LUMPUR: UMNO menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa pada 25 November.
Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.
“MKT sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat MKT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.
Sebelum ini Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun kerana kesalahan mengkritik parti.
Beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali namun tiada maklum balas, sehinggalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ogos memaklumkan rayuan beliau akan dibawa ke MKT.
Tajuddin, 76, ialah wakil rakyat bagi Pasir Salak selama tiga penggal iaitu pada 2008, 2013, dan 2018.
Baca juga: