BEKAS pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab Liga Indonesia, Persis Solo.
Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi Selasa.
Pengumuman itu sekali gus menjawab desas-desus berhubung hala tuju Kim Swee, 53, yang mengumumkan perpisahan dengan skuad Sang Badak selepas kontraknya berakhir secara rasmi 30 November.
Untuk rekod, Persis Solo ketika ini menghuni tangga ketiga tercorot dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan.
Sejak dilantik pada September 2021, Kim Swee membantu Sabah menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain memacu kemaraan ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC musim lalu.
Baca juga: