Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Seramai 32 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Chilas kini dalam perjalanan menuju ke Bersham berikutan keadaan di kawasan tersebut yang semakin pulih.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kepulangan mereka berjalan dengan selamat dan terjamin.
“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan tersebut.
Wisma Putra di Islamabad sedang memantau rapi situasi di ibu negara susulan pergolakan yang berlaku dalam tempoh dua hari yang lalu.
Katanya, Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan mereka.
“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad digalakkan untuk segera berbuat demikian melalui e-konsular di laman https://ekonsular.kln.gov/login untuk menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya,” tambah kenyataan itu.
Terdahulu, pergolakan yang berlaku tempoh hari berikutan penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Perarakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membebaskan Imran, yang kini berada di penjara dan menghadapi pelbagai tuduhan.
Baca juga: