PEMBUNUHAN beramai-ramai Israel di Gaza telah menghapuskan lebih 1,400 keluarga di wilayah Palestin, kata Kementerian Kesihatan pada Selasa.
Lapor media antarabangsa, kira-kira 7,160 pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan terhadap keluarga Palestin oleh tentera Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Israel “memadamkan sepenuhnya kira-kira 1,410 keluarga, berjumlah 5,444 orang, daripada daftar sivil dalam tempoh yang sama,” tambahnya.
Kementerian itu berkata keluarga dengan hanya seorang yang terselamat ialah 3,463, dan keluarga dengan lebih daripada seorang yang terselamat ialah 2,287.
Rejim zionis Israel melancarkan perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Gaza berikutan serangan balas rentas sempadan Hamas pada tahun lalu, membunuh lebih 44,230 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 104,600.
Tahun kedua pembunuhan beramai-ramai di Gaza dikecam masyarakat antarabangsa dengan tokoh dan institusi melabelkan serangan dan sekatan bantuan sebagai percubaan yang disengajakan Israel untuk memusnahkan populasi.
Baca juga: