Oleh: Fazeli Bakar
Selaku orang yang ‘into scene’ pendidikan ini, aku memerhati dan membaca reaksi layman (netizen) berkenaan kenyataan menteri yang menegaskan takkan teruskan peperiksaan.
Aku rasa ada berlaku salah faham sebenarnya yang menimbulkan kegusaran, kemarahan dan segala jenis ke-an dalam kalangan masyarakat (termasuk guru-guru). Mansuh peperiksaan yang disebutkan adalah mansuh peperiksaan setara berskala besar di peringkat nasional.
Tujuan pemansuhan – selain dari apa yang disebut oleh menteri, hadir dengan pelbagai sebab yang lain. Aku pun dah banyak kali ulas pasal ni.
Cumanya, ketiadaan peperiksaan di peringkat nasional tidak bermakna peperiksaan tak boleh dijalankan. Buatlah peperiksaan setiap minggu pun takpe. Ujian topikal – boleh buat. Awal penggal, pertengahan penggal, pra-akhir penggal. Carry on. Ujian atau peperiksaan adalah sejenis pentaksiran sumatif yang merupakan satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah.
Ukurlah penguasaan murid dalam setiap subjek seperti mana yang kita kehendaki. Tidak salah. Autonomi menjalankan ujian itu letaknya pada guru atau sekolah.
Hanya kerana KPM tak buat, tak bermakna kita tak boleh buat. Boleh. Keluarkanlah markah dalam bentuk peratus ke gred ke apa ke. Kita ada hak nak mentaksir murid-murid sendiri.
Yang nak dikurangkan adalah budaya yang wujud dek berorientasikan peperiksaan bukannya kerana peperiksaan itu salah. Kena faham betul bab itu.
Kembalinya peperiksaan berskala besar akan menyebabkan kembalinya :
- perbandingan Gred Purata Negeri
- perbandingan Gred Purata Daerah
- perbandingan Gred Purata Sekolah
- dialog prestasi
….yang mana akan mewujudkan ripple effect iaitu tekanan tidak wajar kepada pelbagai pihak terutamanya murid-murid.
Waima takde peperiksaan setara nasional, guru-guru di sekolah tidak dilarang untuk buat:
- Ujian / peperiksaan
- Kelas tambahan
- Kem motivasi
- Program-program mengatasi keciciran
Mengapa perlu tunggu kembalinya peperiksaan peringkat nasional baru nak buat semua tu? Raikan autonomi yang diberi dan rangka gerak kerja mengikut keperluan di sekolah. Sediakan murid supaya familiar dengan ujian (bukan high stake) supaya naik sekolah menengah nanti, kematangan + pengalaman menduduki ujian akan bantu mereka untuk hadapi SPM.
“Peperiksaan tidak salah. Saya baca berpuluh kajian dan penulisan berkenaan peperiksaan. Yang salah adalah cara kita melihat peperiksaan itu” – Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Datuk Dr Amin Senin (2016).
*** Penulis adalah Jurulatih Bertauliah Digital Government Competency and Capability Readiness Pejabat Pendidikan Daerah Lipis dan antara ahli jawatankuala Anugerah Malaysia Teacher Prize
Baca juga: