UMNO tekad kukuhkan kerjasama kerajaan perpaduan

PETALING JAYA: Semua wakil UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sama ada yang memegang amanah parti dalam Jemaah Menteri mahupun Agensi-Agensi dan Syarikat-Syarikat Kaitan Kerajaan mesti terus meningkatkan prestasi kerja dengan cemerlang demi rakyat dan negara.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata formula itu terbukti mampu menjaga perpaduan ahli parti dan juga rakyat.

“Kerajaan Madani yang genap dua tahun Sabtu lalu terbukti menjadi formula ampuh berteraskan semangat perpaduan dan kepelbagaian kaum dan agama perlu terus didokong dan dipertahankan demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.

“Ahli Mesyuarat bersepakat meminta supaya segala usaha untuk memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan di kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan media setelah mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.

Tambahnya lagi, parti itu akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun hadapan memfokuskan kepada ilmu-ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat