MICHEAL Sullivan menerima wang AS$1 juta selepas mahkamah mendapati dia tidak bersalah atas kesalahan yang dilakukannya walaupun telah dibebaskan dari penjara pada 2013.
Lapor BBC, dia yang dipenjara di Massachusetts, Amerika Syarikat menerima anugerah itu pada awal November ini selepas mahkamah memutuskan bahawa dia tidak bersalah atas pembunuhan dan rompakan terhadap Wilfred McGrath pada 1987.
Juri juga mendapati seorang ahli kimia polis negeri memberi keterangan palsu pada perbicaraan walaupun keterangannya bukanlah yang menjamin sabitan kesalahan Sullivan.
Lebih menyayat hati, selama dia berada di penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya, ibu dan empat adik-beradiknya telah meninggal dunia dan dia dipukul dengan teruk dalam beberapa serangan di penjara.
Semuanya untuk pembunuhan yang telah lama dia tegaskan tidak pernah dilakukan.
“Perkara yang paling penting ialah mendapati saya tidak bersalah atas pembunuhan itu, menghapuskannya daripada rekod saya.
“Wang itu, sudah tentu, akan sangat membantu saya,” kata Sullivan, bercakap di pejabat peguam utamanya di Framingham, Massachusetts.
Sullivan berkata, wang itu tidak akan dapat menggantikan tahun-tahun dilaluinya ketika dipenjara.
Sullivan disabitkan dengan pembunuhan dan rompakan bersenjata pada 1987 selepas polis mengatakan McGrath telah dirompak dan dipukul dan mayatnya dibuang di belakang sebuah pasar raya terbiar.
Baca juga: