SKUAD Harimau Malaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-132 dunia berdasarkan kemas kini terkini ranking dunia FIFA hari ini.
Mengikut laman sesawang FIFA, anak buah Pau Marti Vicente mengumpulkan 1117.05 mata, naik daripada kedudukan ke-133 bulan lepas, sebaris dengan pasukan Cyprus (130), Malawi (131), Nicaragua (133) dan Kuwait (134).
Kedudukan terkini ini disumbangkan oleh kejayaan pasukan negara mengalahkan Laos 3-1 pada 14 November dan seri 1-1 dengan India pada 18 November.
Namun, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (125).
Baca juga: